Tuesday, October 1, 2013

MyKad Ibarat Bonuslink Card

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kelebihan Mykad Smart Shopper. Mungkin ramai yang belum faham secara menyeluruh berkenaan dengan Mykad Smart Shopper Programme ni kan? Secara logiknya, yang saya faham konsep teorinya sangat simple dan memang kita semua sudah praktikkan setiap kali kita berbelanja. Teori yang program Mykad Smart Shopper Programme pakai ni pun sama dengan teori kad pengisian minyak. Beli barang, tunjukkan kad pengenalan dan korang akan dapat mata ganjaran. Kumpul mata, tebus mata dan korang akan dapat ganjarannya. Saya harap anda boleh faham dah la. =)





Program MyKad Smart Shopper


Dalam artikel ni, saya akan berkongsi berkenaan dengan kelebihan Mykad Smart Shopper Programme ni. Kelebihan kepada pembeli ataupun ahli, peniaga dan agent yang mempromosikan (affiliate). Seperti mana yang kita ketahui, untuk menikmati cash rebate semasa berbelanja, korang haruslah mendaftarkan Mykad terlebih dahulu. Dan pendaftaran ini adalah percuma. Sekiranya ingin mendaftar, boleh rujuk di sini.


Kelebihan Program Mykad Smart Shopper


Untuk Pembeli :- 
* Pendaftaran secara percuma.
* Keahlian seumur hidup. Cukup hanya sekali daftar sahaja  dan tiada tamat tempoh.
* Boleh menikmati diskaun runcit.
* Mendapat mata ganjaran dari perbelanjaan seharian.
* Tiada kad tambahan dan hanya kad pengenalan sahaja.


Untuk Peniaga :- 
* Tiada kos percetakan dan kos pengiklanan untuk mencetak kad dan pihak agen (Affiliate) yang akan mempromosikan kedai anda.
* Kedai anda akan disenaraikan dalam website Mykad Smart Shopper dan secara automatik ia memberikan kelebihan untuk penjenamaan kedai anda.
* Kedai anda akan diperhatikan dan dikunjungi oleh seluruh rakyat Malaysia yang mana berdaftar untuk program Mykad Smart Shopper.
* Kedai akan akan mendapat kelebihan kerana program ini disokong sepenuhnya oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Multimedia Development Corporation (MDEC) dan MSC.
* Prestasi berasaskan saluran jualan dan sekaligus akan memajukan perniagaan anda.


Untuk Affiliate :-
Setiap agen (Affiliate) akan memperolehi pendapatan secara berterusan melalui perbelanjaan ahli. Sebagai contoh, Amri adalah agent Affiliate Mykad Smart Shopper. Razak pula adalah ahli ataupun pembeli yang berdaftar melalui agen yang bernama Amri. Manakala Zamri adalah peniaga. Razak telah membeli barang di kedai Zamri dengan jumlah RM100.00. Maka, Amri akan mendapat RM1 (1%) daripada pembelian Razak tadi. Ok? Jelas? 

Pihak Affiliate Junction (AJ) menyediakan dua saluran iaitu Online dan Offline untuk setiap agent mempromosikan kedai Mykad Smart Shopper yang mana ia dijamin mendapat pulangan secara berterusan.


p/s : Selamat membaca dan bertemu lagi untuk artikel yang akan datang.

No comments: