SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM (FAQ)


S1: Apa sebenarnya produk AJ?
J: Produk AJ adalah produk yang membolehkan seseorang menikmati pendapatan tambahan yang besar dan berterusan.


S2: Apa perbezaan lesen Affiliate dengan lesen agensi / dealer?
J: Lesen Affiliate – lesen yang membolehkan seseorang mendapatkan pendapatan tambahan yang besar dan berterusan melalui perbelanjaan pelanggan-pelanggan Mykad di kesemua rangkaian kedai-kedai yang terlibat ( sila rujuk : www.mykad.aj.my/participatingmerchants ).

Lesen Agensi/Dealer – lesen yang membolehkan seseorang mendapat pendapatan yang lebih besar dan berterusan dalam jangkamasa pendek (penjualan lesen Affiliate,Agensi atau Dealer) dan panjang melalui perbelanjaan pelanggan-pelanggan Mykad.


S3: Bagaimana Affiliate boleh menjana pendapatan BESAR?
J: Memang boleh dapat pendapatan tambahan yang besar dan dijamin berterusan dari perbelanjaan pelanggan yang mereka daftar & aktifkan Mykad untuk menjadi ahli. Namun perkara ini bukan berlaku dalan sebulan dua, bagi peluang pada diri sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.

Untuk dapat pendapatan yang lebih besar diperingkat awal, bermulalah dengan lesen agensi atau dealer.


S4: Kenapa belum banyak lagi kedai-kedai yang terlibat?
J: Pada masa sekarang, kalau banyak kedai yang terlibat adakah kedai akan mendapat jualan yang tinggi seperti yang diharapkan oleh para peniaga? Apa akan berlaku jika jualan yang diharapkan tidak dapat diperolehi pada peringkat awal?

Mengikut strategi pemasaran AJ, projek AJ masih lagi dalam fasa pertama di mana syarikat memerlukan ramai agensi / dealer seluruh Malaysia untuk mengembangkan projek ini. Daripada agensi / dealer, barulah lesen Affiliate akan dijual dan seterusnya barulah ramai Mykad pelanggan dapat didaftarkan. Pada masa yang sama, kedai pun akan bertambah dan secara tak langsung, peningkatan jualan di kedai-kedai dari perbelanjaan pelanggan Mykad berlaku dengan pesat. Maka barulah projek AJ akan berjalan dengan lancar dan berjaya.


S5: Kenapa Hypermarket seperti TESCO, Mydin, Giant, Carrefour tidak terlibat?
J: Jika projek AJ telahpun mempunyai 5000 Affiliate dan 1,000,000 pelanggan Mykad, agak-agaknya siapa yang cari siapa?
Sebenarnya, semua perniagaan diluar sana tak kira samada besar atau kecil, sekiranya ada Pengiklanan dan Promosi yang paling murah dan sangat berkesan, siapa yang tidak mahu mengambil peluang projek AJ? Cuma masa dan ketikanya sahaja akan menentukasn dalam waktu terdekat ini. Tunggu…..


S6: Projek AJ ni sama macam MLM jer, ada networking dan cari-cari orang?
J: Apa yang anda faham tentang MLM dan Networking? Semua perniagaan dalam dunia memerlukan pelanggan iaitu orang… Sama ada pelanggan mencari perniagaan atau perniagaan mencari pelanggan. Jika pelanggan boleh menikmati Diskaun & tebus mata ganjaran, adakah pelanggan akan menolak? Jika hasil jualan boleh ditingkatkan dan kos pengiklanan dan promosi boleh dikurangkan, adakah suatu perniagaan akan menolak? Jika semua orang berpeluang untuk mendapat pendapatan tambahan selain makan gaji atau berniaga sendiri melalui perbelanjaan pelanggan yang tak pernah berenti disemua rangkaian kedai yang terlibat seluruh Malaysia tanpa kita sedar, adakah orang akan menolak?

Jika anda betul-betul memahami konsep projek AJ, anda akan dapati bukan kita cari orang tetapi orang yang akan mencari kita sama ada untuk menjadi pelanggan, kedai / Merchants, affiliate atau pun agensi / dealer.


S7: Projek AJ ni projek pelaburan ke? Sebab agensi/dealer mendapat 4% & 6% setiap bulan melalui Skim Pengurangan Risiko Perniagaan (SPRP)?
 J: SPRP hanyalah insentif dari syarikat untuk mengurangkan beban agensi / dealer dan pada masa yang sama membantu agensi / dealer mengembangkan projek AJ ke seluruh Malaysia tanpa rasa berbelah bagi. Walau bagaimanapun, ianya hanya untuk yang TERAWAL sahaja.

Itupun syarikat hanya akan bayar kepada lesen AD sehingga RM7,500 dan AA sehingga RM50,000. Ini bermakna setiap agensi / dealer yang membeli lesen AD atau AA akan dapat kembali modal perniagaan dan sedikit keuntungan yang dilaburkan dalam projek AJ bagi meringankan beban sekiranya mereka gagal dalam projek ini.

AJ bukannya tempat untuk mendapatkan pulangan pelaburan (Duduk Diam Dapat Duit), tetapi satu platform yang membolehkan individu menjadi affiliate atau agensi / dealer mengusahakan projek AJ / Mykad yang berpotensi mendapat tambahan pendapatan dan keuntungan yang besar dan lebih besar serta berterusan. Walau bagaimanapun, ianya tetap bergantung atas usaha yang anda letakkan.


S8: Projek AJ ni ada dapat kelulusan dan kebenaran dari Bank Negara ke?
J: Kenapa perlu dapat kebenaran dari Bank Negara? Projek AJ bukan skim pelaburan yang memerlukan kebenaran dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) dibawah Bank Negara. Projek AJ hanya menjalankan industri Affiliate Marketing iaitu satu industri baru di Malaysia yang mana projek ini memberikan kemenangan kepada banyak pihak yang terlibat hanya melalui berbelanja menggunakan Mykad (Offline) dan Online. Dingatkan sekali lagi bahawa projek ini bukan projek pelaburan, maka ianya adalah diluar bidang kuasa SC mahupun Bank Negara.

Syarikat yang menguruskan projek ini juga iaitu I Synergy Universal meminta setiap Affiliate atau agensi / dealer yang ingin menjalankan projek ini, mestilah berdaftar atas nama syarikat (Enterprise atau Sdn Bhd) oleh sebab kolabrasi / kerjasama antara 2 syarikat yang saling berkait.


S9: Boleh bertahan lama ke projek macam ni?
J: Apa pandangan anda? Cuba lihat di sekeliling kita, syarikat yang besar dan kukuh pun boleh jatuh dan bertukar pengurusan…kenapa boleh berlaku?
Untuk pengetahuan anda,projek ini telah membuat testimoni dengan syarikat-syarikat teranama di seantero dunia amnya.Banyak syarikat-syarikat besar dan ternama seperti Tune Talk, Cathay Cineplex, My Hotel Langkawi, Thomas & Guys, Clara International juga kementerian serta agensi kerajaan, persatuan, NGO, koperasi-koperasi dan juga VVIP terkemuka telahpun turut serta dalam projek AJ…adakah mereka tidak pernah memikirkan tentang isu yang anda persoalkan?


S10: Adakah selamat Mykad digunakan dalam projek AJ?
J: Adakah anda pernah menggunkan Mykad sebelum ini, samada untuk urusan perbankan, urusan kerajaan atau selain dari itu? Sejauh mana anda begitu prihatin tentang keselamatan Mykad anda?

Jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan Malaysia untuk menghasilkan Mykad / Kad Pintar supaya kita boleh gunakan sepenuhnya. Sekiranya ia tidak selamat untuk digunakan, sanggupkah kerajaan hendak melabur semata-mata untuk menghasilkan kad pintar yang tak pintar/selamat?

MDeC telah menggariskan bahawa Mykad boleh digunakan untuk 50 aplikasi sehingga hari ini dan sentiasa menggalakkan setiap rakyat Malaysia menggunakan aplikasi tersebut sepenuhnya. Sekiranya Mykad tidak selamat, siapa sepatutnya yang lebih risau, kita atau Ceo MDeC atau Pengarah JPN ( Bahagian Kad Pintar)?

Untuk Projek AJ, sistem yang dipasang di kedai yang terlibat bukannya baca apa pun yang ada pada chip Mykad anda, tetapi sekadar mengesan nombor ic yang memang telah didaftar dan diaktifkan sebagai ahli sahaja. Jika anda takut untuk menyerahkan Mykad anda, tak perlu bagi, cukup sekadar bagitahu nombor ic anda untuk anda menikmati diskaun dan mengumpul mata ganjaran yang akan diberikan. Senangkan?

Untuk mengaktifkan Mykad orang ramai juga sama. Hanya beritahu nombor ic, nama penuh, alamat ringkas, nombor telefon dan email. Anda sebagai pelanggan sudah boleh menikmati ganjaran yang projek AJ sediakan. Memang Senang dan menarik!! Senang dengan ICT..


S11: Betul ke projek AJ ini boleh Di Wariskan?
J: YA! Sudah tentu. Projek ini oleh diwariskan kepada orang yanag paling rapat dan ada hubungan pertalian saudara. Hanya tuliskan surat kepada I Synergy Universal tentang sebab-sebab pertukaran pemilik dan dipersetujui dan ditandatangani kedua-dua belah pihak. Jika pemilik telah meninggal dunia, lampirkan sahaja Sijil Kematian pemilik beserta surat pertukaran pemilik dan penama baru.

Pertukaran waris/pemilik berdasarkan posisi “TITLE” pemilik asal. Pemilik baru hanya perlu menyambung dan meneruskan dimana pemilik pertama telah berhenti.
..............................................................................................................................................................................................................................

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, boleh terus kemukakan kepada saya di laman sosial wechat : -
cikrimau89

atau pun,anda juga boleh emailkan sebarang pertanyaan kepada : -
eija89@gmail.com

ataupun,boleh terus hubungi saya di talian :-
018-3161909

No comments: